fafa's blog

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..

yA AllAh, ApAbIlA ENGKAU mEmAnggIlkU, AmbIlAh AkU dAlAm kEAdAAn KhUsnUl KhOtImAh dAn sEmpAtkAnlAh AkU mEngUcApkAn kAlImAt "LA ILAHA ILLALLAH"


17 Februari 2012

jadilah sahabat yang terbaik

Dalam hidup ini kita pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai rakan. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kita masih hidup di dunia ini. Rakan yang baik akan sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan.
Dalam kita berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada rakan kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kita lakukan.
Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita di waktu susah dan juga senang.
Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kita boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.
Kita juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kita terhadap perkara yang kita tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.
"Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."
Masa senang adalah masa yang paling disukai oleh sesiapa sahaja. Pada waktu senang ramai rakan-rakan akan bersama dengan kita. Mereka akan berasa seronok dapat berkawan dengan kita. Kita juga akan berasa seronok mempunyai rakan-rakan yang ramai. Semua orang akan rasa gembira apabila berada pada waktu senang.
Tetapi langit tidak selalu cerah. Kita akan diuji oleh Allah S.W.T dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai orang yang dapat membantu diri kita. Pada waktu ini juga kita akan dapat menilai siapakah yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kita. Ramai rakan-rakan akan lari meninggalkan diri kita kerana kesusahan yang kita alami.
Jika masih ada rakan-rakan yang setia bersama dengan kita itulah rakan-rakan yang benar ikhlas dan hubungan persahabatan yang dibina. Mereka akan cuba membantu kita mengikut kemampuan diri mereka. Bersyukurlah kita jika mempunyai rakan-rakan yang setia bersama dengan kita di waktu susah.
Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kita. Jika kita tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kita, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kita mengikut kemampuan diri kita. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka.
Contoh hubungan persahabatan terbaik yang perlu kita contohi adalah sahabat-sahabat seperjuangan Rasulullah S.A.W seperti Abu Bakar As-Siddiq Umar Al Khattab, Usman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib dan sahabat-sahabat nabi yang lain.
Mereka bersahabat kerana Allah S.W.T dan berjuang bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W untuk menegakkan agama Islam. Tidak kira di waktu susah atau pun senang mereka akan tetap berjuang bersama dengan Rasulullah S.A.W. Itulah contoh sahabat terbaik yang perlu kita contohi.
Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.
Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

~1~ masuk SYURGA dan masuk NERAKA kerana seekor lalat

IMAM THARIQ bin syihab pernah berkata dalam majlis pengajiannya : "ada org yg masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat."

Kaum muslimin yg hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan imam thariq bin syihab yg tidak masuk akal itu. mereka tertanya hairan.
" bagaimana hal itu blh terjadi?" tanya mereka serentak.

lalu imam thariq bin syihab menceritakan sebuah kisah menarik.
" ada dua orang melakukan pengembaraan. pada suatu hari , mereka memasuki daerah yang didiami oleh 1 kaum yang menyembah berhala. kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. jika tidak , mereka tidak akan di biarkan keluar hidup2 dari daerah itu.

dua orang itu turut mengalami masalah yang sama. mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala. lelaki pertama sangat takut pada kematian. oleh kerana tidak memiliki apa2, akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk di persembahkan pada berhala itu.

lelaki kedua pula,tetap teguh memegang akidahnya. dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun seekor lalat. dia memilih untuk taat pada ajaran agamanya. berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dgn syariat. iaitu korban aidil adha yang dilakukan ikhlas kerana allah.

memberi persembahan untuk berhala ,meskipun hanya dgn seekor lalat ,adalah perbuatan menyekutukan allah. itu adalah dosa yang paling besar. keengganannya menyebabkan dia di bunuh. lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

adapun lelaki yang satunya,akhirnya meneruskan perjalanan, namun begitu, malang menimpanya, baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah ,dia di gigit ular berbisa di tengah padang pasir dan akhirnya mati.

namun dia mati dalam keadaan musyrik (menyekutukan allah) . dia masuk neraka kerana menyekutukan allah ,dengan mempersembahkan seekor lalat pada berhala. ~ ketika cinta berbuah syurga~

11 Februari 2012

Jodoh: Memilih si A atau si B?

Antara topik yang sering dikongsikan adalah - membuat pilihan tentang jodoh.
Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing.
Juga diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan.
Teman-teman dan adik-adik yang dikasihi, ambillah masa yang sewajarnya untuk taaruf dan bangunkan komunikasi samada secara direct atau melalui orang tengah.
Adalah penting usaha kita sebagai seorang insan untuk merisik, menyiasat, menyoal selidik dan segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita cenderung menerimanya sebagai teman hidup.
Bukan mencari kesempurnaan, bukan menyelongkar keaiban insan lain - namun penyiasatan dan pemerhatian kita kepada bakal pendamping adalah persediaan penting.
Menjadi pembuka mata untuk kita membina rumahtangga dengan lapang dada dan bersedia dengan kemungkinan yang tiba.
Sebaiknya penyelidikan kita itu, kita musyawarahkan dengan ibu ayah atau orang-orang yang amanah dan berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, namun pandangan mereka akan menjadi extra mata dan telinga untuk kita memilih teman hidup dengan teliti.
Jika kelak kita telah membuat keputusan memilih samaada si A atau si B, ada perkara-perkara penting pula untuk DIRI KITA sendiri fokus dan lakukan.
Usah bermain-main dengan keraguan perasaan...
Akankah lelaki ini kelak membahagiakan diriku?
Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yang baik untukku?
Akan tulus ikhlaskah cinta kasihnya padaku?
Adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri?
Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri, akan santun dan baikkah pekertinya?
Adakah kelak lelaki ini akan boleh menyesuaikan diri dan berbuat baik dengan ahli keluargaku?
Adakah hati ini akan bahagia menjadi isteri kedua, terlibat dengan poligami?
Sesungguhnya persoalan-persoalan ini adalah penting bukan untuk si dia bakal suami, tapi manfaatkanlah persoalan ini untuk perbaikan diri kita dalam menjadi seorang isteri.
Jika jawapannya tidak seperti yang kita jangkakan dan harapkan, bila-bila masa sahaja alam pernikahan akan mengundang kecewa dan gundah berpanjangan.
Sebaliknya, marilah bertanya pada diri...
Wahai diri, adakah keperibadian seperti diri ku ini kelak akan membahagiakan hati seorang suami?
Adakah karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai orang/ isteri yang dipimpin?
Mampuku diriku tulus mencintai suami kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan seribu satu kelemahannya?
Mampukah kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?
Mampukah diriku menjadi isteri yang merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan kebaikan suami setulusnya?
Kelak adakah diriku mampu untuk memilih akhlak seorang isteri yang penuh ketaqwaan sewaktu hati dicuit ketidakpuasan dan kemarahan jua kesedihan?
Harus bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibu bapa mertua dan ipar duai tidak serasi cara hidup dan pemikiran mereka denganku?
Seandainya diriku menjadi isteri kedua atau ketiga, apakah sumbangan dan perananku untuk menambah kebahagiaan suami dan keluarganya yang sedia ada?
Nah..ayuh kita bersama menjawab persoalan ini, dan mengubah diri menjadi lebih baik.
Ya, kita takut tersalah pilih dalam membuat keputusan untuk pernikahan,namun percayalah Allah bersama-sama dengan orang yang melakukan kebaikan, yang sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Sikap, karakter diri, dan penghayatan Islam pada diri kita sendiri insya-Allah kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.
Saat ini, berusahalah memilih calon suami yang beriman, usah keterlaluan memikirkan masa depan yang kita tak ada kawalan.
Isteri yang baik, tidak semestinya memiliki suami yang baik, kerana pernikahan adalah ruang ujian, teman hidup kita boleh saja menjadi ujian getir dalam hidup yang sebentar ini.
Suami akan berubah - cepat atau lambat, namun moga sifat dan sikap kita yang penuh nilai-nilai kebaikan mampu menjemput suami dan anak anak berubah kepada jalan yang dicintai tuhan.

Apabila Meminati Seseorang

"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh... Zatel. Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.
Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.
"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.
"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"
"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah Zatel... aku rasa aku macam dah minat 'somebody'. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."
"Aiwahhh.... Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"
"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya ukhti' ".
"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"
************************
Dilema?
Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?
ATAU
Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?
ATAU
Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?
**********************
Apa pilihannya? Keliru?
Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.
Apa yang penting?
Kesucian jiwa. 
"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)
Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.
Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.
***********************
Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.

Hati-Hati Merisik

"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada 'standard' dia. 'Terer' Abi, kan Haura'?!"
Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar 'spy'.
Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam,
Ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia?Itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.

Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
Umar: Adakah kamu mengenal orang ini?
Sahabat: Ya.
Umar: Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
Sahabat: Tidak.
Umar: Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
Sahabat: Tidak.
Umar: Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
Sahabat: Tidak.
Umar: Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
Sahabat: Ya.
Umar: Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
ini adalah doa pendekat jodoh..
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

Bantulah Kaum Adam Wahai Hawa..

Seindah hiasan dunia,
Ialah wanita solehah.. Yang menjadi perhiasan dunia..
Yang dijaga baik..
Yang sentiasa disembunyikan
Supaya harga (maruahnya) sentiasa bernilai tinggi
Tidak semua lelaki ajnabi akan dapat melihatnya
Hanya benar-benar layak sahaja dapat memiliki perhiasan ini
Kerana ALLAH akan sentiasa memelihara HARTANYA YANG BERHARGA
Hanya kekasihnya yang benar-benar layak sahaja dapat memilikinya
Supaya harta-Nya sentiasa akan bersinar dan bermutu tinggi
Wanita solehah akan sentiasa menjadi perhiasan dunia yang bernilai
Terutama bagi suaminya
Yang akan menjaga aib dirinya, hak suaminya sahaja yang dapat memiliki dan maruah keluarga serta agama
Yang akan sentiasa menjadi perhiasan bagi kebanggaan suami
Bukan mendatangkan fitnah kepada lelaki
Yakni wanita yang sentiasa membuka aib, hak suami ( aurat) di hadapan lelaki ajnabi
Ini akan menjatuhkan maruah suami
Wanita solehah,
Akan sentiasa membantu kaum Adam
Untuk menjaga iman mereka,
Supaya umat Islam dapat dilahirkan dan dikenali di dunia,
Maka dakwah secara perlakuan peribadi dapat disebarkan
Bukan yang akan meruntuhkan iman lelaki
Wahai wanita solehah
Sayangilah kaum Adam..

Kerana kaum Adam juga termasuk adik beradik lelaki kamu, ayah kamu dan kaum kerabat lelaki kamu..
Kasihanilah mereka ukhti,
Benarkan mereka merasai zat ALLAH yakni syurga
Benarkan mereka merasai nikmat hidup di Syurga dan dunia dengan aman
Jagalah aurat mu, jagalah maruah mu. Supaya tidak menyeksa kaum Adam
Sayangilah mereka sahabat
Kerana mereka juga Saudara seIslam kita
Benarkan kita dan mereka sama-sama merasai nikmat syurga ALLAH..
Sahabat bantulah mereka
Bantulah mereka, Jangan bebankan mereka dengan dosa yang kita lakukan..